Siti Kasim Didakwa Halang Tugas Penguatkuasa JAWI....Jangan Bagi Muka Kepada Orang Macam Ini LAgi

KUALA LUMPUR: Seorang peguam didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), tahun lalu.

Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, 54, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, 36, untuk menjalankan tugas di dewan tingkat 2, Hotel Renaissance di sini, pada jam 10.30 malam, 3 April 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Roger Chan Weng Keng dalam rayuan, memohon anak guamnya diberi jaminan tanpa cagaran.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif tidak menawarkan jaminan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana