Siasat individu ada kaitan dengan DoJ

Kerajaan digesa supaya menjalankan siasatan dengan segera terhadap beberapa individu yang dilihat mempunyai kaitan dan hubungan dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, siasatan itu perlu dilakukan kerana tindakan DoJ kebelakangan ini dilihat 'aneh' dan 'terpilih' sehingga menampakkan seolah-olah wujudnya konspirasi oleh pihak tertentu yang mahu mewujudkan tekanan dari luar terhadap kerajaan.

"Kami amat kesal dengan apa yang berlaku kerana kebencian terhadap pemimpin tertentu dijadikan sebagai agenda terlalu peribadi sehingga memungkinkan mereka bersekongkol dengan pihak asing sekali gus menjatuhkan kredibiliti kerajaan sedia ada.

"Justeru kami menggesa supaya kerajaan tidak berkompromi sama sekali terhadap golongan pengkhianat ini kerana semua pihak termasuk pembangkang seharusnya melihat perkara ini sebagai satu tanggungjawab kenegaraan yang harus dipikul bagi memelihara kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, tindakan individu berkenaan bersekongkol dengan pihak luar merupakan perbuatan tidak patriotik sehingga menampakkannya sebagai pengkhianatan yang langsung tidak boleh diterima.

"Diharapkan semua pihak menghormati sistem serta institusi perundangan di negara ini. Malangnya ketika ini ada pihak tertentu yang sengaja mengenepikan kedua-dua perkara itu kerana mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) telah dijawab kerajaan selain langkah rasionalisasi juga sudah dijalankan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana