Serangan di Resorts World Manila milik Genting

The Resorts World Manila iaitu sebuah komplek mengandongi hotel dan kasino milik Kumpulan Genting diserang lelaki bertopeng awal pagi Jumaat.

Dikenali sebagai antara hotel terkemuka di Filipina ia terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino,Manila.

Bunyi tembakan dan letupan kedengaran di luar hotel tersebut sejurus selepas tengah malam.

Api dan kepulan asap juga kelihatan di salah satu bangunan.

Resorts World Manila ialah cabang Resorts World Genting, Malaysia and Resorts World Sentosa, Singapore.



Ada pemerhati yang menilai serangan berkenaan adalah untuk alihkan tumpuan dari konlfik bersenjata antara tentera Filipina dan puak militan di Marawi,Mindanao sekarang.

Beberapa keping gambar yang beredar di media sosial menunjukkan orang ramai yang cedera dalam serangan dan letupan tersebut.

Laporan media asing mendakwa sekurang-kurangnya 25 orang cedera dalam serangan yang dikaitkan dengan militan IS yang bergerak secara berseorangan (lone wolf soldiers).

Saksi melihat lelaki bertopeng menyerbu masuk ke tingkat tiga hotel tersebut dan melepaskan tembakan ke arah tetamu dan pekerja.

Kara Verano menulis di Facebook: "Kami sedang makan apabila mendengar bunyi tembakan dan pelanggan lain berkata terdapat orangmemakai topeng dan bersenjata.



"Kami terkurung di bilik stor restoran selama hampir dua jam dengan bunyi tembakan berterusan datang dari luar dan bau terbakar.

"Saya tidak pasti jika ia adalah gas pemedih mata atau sesuatu yang sebenarnya membakar..." catatnya yang dipetik CNN.

Kawasan tersebut kini dikepung polis dan pasukan SWAT sementara pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Terdapat juga laporan bahawa orang cedera selepas terjun dari tingkat dua komplek itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana