'Sejumlah Mangsa' Maut, Pangsapuri Terbakar Di London

'SEJUMLAH kematian' disahkan dalam satu kebakaran di sebuah pangsapuri setinggi 27 tingkat di London pada awal pagi Rabu.

Bagaimanapun, belum didedahkan jumlah kematian di bangunan Grenfell Tower di Latimer Road, White City yang menyaksikan ramai yang terperangkap.

Dalam kejadian itu, lebih 600 penghuni cuba menyelamatkan diri dengan kebanyakan mereka menjerit meminta bantuan.

Seorang penduduk berkata, dia percaya seseorang telah terjun dari antara tingkat 10 dan 15 untuk menyelamatkan diri.

Khidmat Ambulans London memberitahu, 30 mangsa dikejarkan ke lima hospital di sekitar bandar raya itu, manakala seorang penduduk masih lagi terperangkap di tingkat 11 bangunan tersebut.
Kebakaran dikatakan bermula dari tingkat dua bangunan sebelum merebak ke bahagiian bumbung dalam masa 15 minit.

Pasukan bomba yang terdiri daripada 200 anggota berusaha memadam kebakaran dan mengawal keadaan. - Mail Online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana