SAMBUTAN LUAR BIASA RUMAH TERBUKA PM, BEZA REALITI DGN FB

PULUHAN, kalau tak ratusan ribu rakyat yang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri semalam, adalah bukti Datuk Sri Najib Tun Razak masih mendapat sokongan rakyat.  Sehingga penulis terfikir, mungkin taknak melihat sambutan ini menjadi antara sebab Mahathir beraya nun jauh di London?

Tak apalah, jangan rosakkan sambutan ini dengan nama Mahathir.

Ramai yang berkunjung, datang dari serata ceruk negara.  Bukan itu sahaja, berbilang bangsa, kaum dan keturunan turut sama – bukan sahaja memeriahkan sambutan hari raya Aidilfitri, bahkan rendah diri semua barisan kepimpinan utama negara mengorbankan masa dengan keluarga untuk bersama rakyat pada hari raya pertama.

Apa pun inilah bukti bahawa realiti sebenar politik di Malaysia ini memang berbeza dengan realiti di alam maya.  Kalau baca di FB umpamanya, mau bergolek-golek ayam rendang tidak bermakan di rumah terbuka Perdana Menteri sebab tidak ada orang yang akan datang kononnya benci kepada Perdana Menteri.

Malah sehari sebelum raya, diadakan kempen supaya menutup TV di rumah bila Perdana Menteri memberikan ucapan secara langsung – konon taknak orang dengar.  Yang bodoh buat kempen ini mungkin tak tahu, pokoknya bukan dimana disiarkan tapi apa yang dicakapkan.

Dengan medium komunikasi hari ini, kau tutup TV pun bersepah tempat lain orang boleh baca atau tonton rakaman tersebut.

Yang nyata, semua usaha untuk menyekat populariti Perdana Menteri ini tidak berjaya.  Hakikat yang ramai dari kita boleh lihat sendiri, rakyat memberikan sokongan yang besar kepada Perdana Menteri termasuk menyokong apa juga program yang diadakan beliau, ini realitinya.

Justeru jangan percaya propaganda Pakatan di media sosial tu.  Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak akan kekal menerajui negara selepas PRU14, amin!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana