Saman fitnah: Rafizi, pemilik portal dibenar merayu....Orang Macam Ini Tak Payah Maafkan Lagi

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik sebuah portal berita diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan hari ini untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak pembelaan mereka bagi komen adil dalam satu saman fitnah.

Kedua-duanya disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan Rafizi yang didakwa memfitnah mereka pada satu forum mengenai subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.

Panel 3 anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum memberikan kebenaran itu kepada Rafizi dan Chan Chee Keong.

“Kami bersetuju memberikan kebenaran untuk 4 soalan (undang-undang) bagi kedua-dua kes,” kata Malanjum.
Bersidang bersama beliau ialah 2 hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Antara soalan undang-undang itu adalah sama ada kata-kata fitnah yang didakwa dibuat secara gurauan itu layak untuk pembelaan komen adil dan adakah sesuai bagi hakim yang mendengar permohonan penolakan itu untuk membuat keputusan sama ada kata-kata fitnah yang didakwa itu adalah fakta atau pendapat.

Dalam saman itu, Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Rafizi dirakam Media Rakyat dan dimuat naik ke dalam YouTube dan portal Media Rakyat oleh Chan atau pembantunya.

Najib dan Rosmah turut mendakwa Chan juga berkongsi rakaman itu ke dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara meluas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Pasangan itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah berserta faedah dan kos.

Najib dan isterinya juga memohon untuk mengetepikan pembelaan bagi komen adil atas alasan perkataan yang dipertikaikan itu merupakan “kenyataan mengenai fakta dan bukan kenyataan bagi komen”.

Permohonan pasangan itu di Mahkamah Tinggi ditolak, mendorong mereka merayu ke Mahkamah Rayuan yang kemudiannya membuat keputusan memihak kepada mereka dan menolak pembelaan Rafizi dan Chan bagi komen adil pada 29 November, tahun lepas.

Peguam Wan Azmir Wan Majid mewakili Najib dan Rosmah manakala peguam Razlan Hadri Zulkifli bagi pihak Rafizi dan Chan
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment