Rafizi gagal tanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN

Harga petrol di bawah RM2 yang diumumkan kerajaan minggu ini telah membuktikan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai karut dan tidak berasas sama sekali.

Justeru itu Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap menyeru rakyat menolak segala berita atau spekulasi buruk yang dicanangkan oleh para pemimpin pembangkang terutamanya dari Rafizi kerana ia lebih bersifat menghasut rakyat untuk membenci Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

“Rafizi ini memang terkenal menyebarkan berita-berita buruk supaya rakyat terus dibuai dengan perasaan marah dan tidak puas hati kepada kerajaan BN.

“Jelas, segala tohmahan beliau tidak tepat dan sumber-sumber yang beliau perolehi tidak betul, malah bersifat karut, dan rakyat perlu berhati-hati dan tidak termakan dengan hasutan berita yang keluar dari mulut beliau,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Jumaat.

Menurut Anuar lagi, sikap Rafizi yang sentiasa menanam kebencian rakyat kepada pucuk pimpinan negara boleh dilihat dengan pelbagai kes mahkamah yang dihadapi oleh Ahli Parlimen PKR Pandan itu.

“Kita boleh tengok track record Rafizi, banyak kes mahkamah beliau sedang hadapi. Malah beliau sedang menunggu dipenjarakan jika rayuan beliau gagal di mahkamah rayuan nanti.

“Ini semua berpunca disebabkan sifat Rafizi yang sering kali melemparkan fitnah dan tidak berasas sehingga menggelapkan masa depan beliau sendiri. Jadi kenapa kita perlu mempercayainya lagi?” bidas Anuar lagi.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan harga semua jenis minyak petrol dan diesel turun.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kedua-dua minyak RON95 dan RON97 akan turun 7 sen seliter kepada harga runcit baru sebanyak RM1.98 dan RM2.24.

Manakala diesel pula kini turun 6 sen, kepada RM1.88 seliter.

Penurunan harga petrol dibawah paras RM2 ini sekaligus menyangkal tohmahan Rafizi yang dibuat Februari lalu.

Dalam tohmahan itu, Naib Presiden PKR itu mendakwa rakyat Malaysia akan melalui kesengsaraan menjalani kehidupan seharian apabila harga petrol dijangka akan mencecah RM2.70 pada Jun ini.

Dalam masa yang sama Anuar menegaskan, Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

“Sudah tentu Perdana Menteri bekerja keras untuk memastikan harga petrol tidak membebankan rakyat.

“Sebagai orang no 1 Malaysia, pastinya Perdana Menteri tidak mahu melihat rakyat negara ini bersedih dan kecewa, beliau memang bekerja keras agar rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup di negara ini.

“Jadi, pendapat saya dakwaan Rafizi itu adalah berniat jahat dalam usaha beliau ini hanyalah untuk memburukkan Perdana Menteri dan menjatuhkan BN dalam PRU akan datang sambil meraih kredit mileage untuk partinya,” tegasnya.

Anuar juga menyeru rakyat supaya tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit yang sentiasa lupa kepada pihak yang telah banyak bersusah payah untuk memastikan kemakmuran dan kemajuan negara.

“Kita patut bersyukur dan berterima kasih kepada usaha-usaha kerajaan dalam hal ini. Jika petrol naik kerajaan teruk dikecam, tetapi berapa ramai yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan apabila harga minyak turun?

“Jadi kita harus menjadi manusia yang bersyukur dan pandai menghargai sesuatu kebaikan,” jelasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana