Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli perlu menjelaskan apa sudah jadi dengan laporan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah seks dan wang membabitkan pegawai Pejabat menteri Besar Selangor.

Lazimnya, Rafizi akan menggali dan mendedahkan sebanyak mungkin maklumat salahguna kuasa atau wang yang diperolehinya, namun tidak kali ini, kata Chegubard.

"Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan?

"Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat MB yang dikuasai PKR itu sendiri? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Rafizi sebelum ini hadir ke SPRM bagi membantu siasatan dakwaan kononnya terdapat permintaan habuan wanita seksi dan wang dalam urusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Rafizi berkata tindakan membuat laporan kepada SPRM dibuat selepas diarahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Chegubard berkata apa jua perkembangan, rakyat mahu tahu dan menjadi tanggungjawab Rafizi menjelaskan isu itu.

Chegubard yang juga ahli PKR yang digantung itu turut mempersoalkan adakah isu itu merupakan dakwaan terpilih dan tidak akan didedahkan Rafizi.

"Adakah beliau melihat korupsi ini punya 'kasta' iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR perlu disenyapkan," katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan tuduhan Rafizi itu sebagai fitnah terancang selain mempunyai niat terselindung.

"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," kata Azmin.

Tuduhan rasuah seks dan wang dalam pentadbiran Azmin bermula selepas perbualan Rafizi menerusi aplikasi Whatasapp didalam 'group' pemimpin PKR tersebar di media sosial.

Rafizi mengaku menulis mesej berkenaan yang mendakwa terdapat habuan wanita dan wang dalam urusan pentadbiran kerajaan PKR Selangor.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment