PRU13 Tanpa Calon PM, Pakatan Boleh Menang Undi Popular, Tiada Keperluan Untuk Namakan Calon PM Pada PRU14 - Izzah

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, PKR hari ini menyatakan tiada keperluan untuk menamakan calon bagi jawatan itu.

Naib presidennya berkata pakatan pembangkang tidak menamakan sesiapa sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum (PRU) lalu namun menang dari segi undi popular.

“Apa yang buat orang fikir mesti ada perdana menteri bayangan atau ketua umum untuk mengetuai pakatan sebagai pra-syarat untuk menang PRU14?

“Bukankah Pakatan Rakyat menang majoriti undi PRU13 tanpa menamakan sesiapa sebagai bakal perdana menteri atau ketua umum?” coret Nurul Izzah Anwar di laman Facebook miliknya hari ini.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu sekata dengan bapanya untuk mengenepikan perselisihan sebaliknya fokus untuk memenangi pilihan raya.

“Berhenti bercakap tentang perdana menteri bayangan atau ketua umum. Ketepikan kepentingan peribadi. Fokus menang PRU14 dan kemenangan menanti kita,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri bagi mengelakkan pergeseran berterusan berhubung jawatan itu.

“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam pilihan raya umum,” katanya.

Minggu lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan.

Anwar pula dicadangkan sebagai penasihat manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan pengerusi Pakatan.

Datuk Seri Azmin Ali dicadangkan menjadi timbalan presiden Pakatan manakala Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu masing-masing dicadang menjadi naib presiden.

-Malay Mail Online
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment