POLISTERIN DIHARAMKAN, HARGA MAKANAN NAIK 50 SEN

Polisi pengharaman polisterin untuk membungkus makanan oleh kerajaan Selangor pada awal tahun ini turut menjadi faktor harga makanan di bazar Ramadan terpaksa dinaikkan.

Menurut seorang peniaga nasi dan lauk pauk, Nurul Natasha Rozali, di Bazar Ramadan Sungai Besar, Selangor, penggunaan bekas makanan yang organik menambah kos penyediaan sesuatu makanan itu.

Menurut Nurul dia menanggung dua kali ganda harga kos berbanding tahun sebelumnya dan kerana itu juga dia menaikkan harga sebanyak RM0.50 sen bagi setiap bungkus untuk mendapatkan keuntungan.

Namun begitu Nurul memberi jaminan kuantiti nasi dan lauk pauk yang dijualnya masih lagi sama seperti tahun sebelumnya.

Selain itu peningkatan harga barangan mentah dan asas turut memberi kesan sehingga para peniaga terpaksa meningkatkan harga makanan ataupun mengurangkan saiz dan kuantiti makanan untuk mengekalkan harga.

“Kita terpaksa naikkan harga jika tidak kita tak dapat untung, memang saya rasa kenaikan ini akan bebankan pembeli namun apakan daya kita sebagai peniaga terpaksa berbuat demikian,” ujar seorang peniaga ketika ditemui Sinar Harian. -Vitdaily

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana