PKR pusing cerita... dakwa arahan letak jawatan di Kelantan bukan serta-merta

Ini pembohongan di bulan Ramadan, lepas nak tunjuk satu Malaysia kononnya mereka tegas di Kelantan dan harap PAS pun sama letak jawatan lantikan politik di Selangor... PKR sudah 'pusing cerita' dakwa ianya bukan serta-merta.

Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Baharuddin berkata arahan untuk wakil PKR agar meletakkan jawatan di Kelantan sebagaimana yang diputuskan pada mesyuarat Biro Politik PKR bulan lalu, adalah bukan secara serta merta sebaliknya berperingkat.

Menurut Shaharuddin, ketetapan yang dicapai pada mesyuarat itu adalah kepimpinan pusat menyerahkan sepenuhnya urusan peletakan jawatan kepada kepimpinan negeri.

"Macam mana pun keputusan dalam biro politik, memang ada peletakan secara bertahap-tahap bermakna kalau ada pengurusan dan pentadbiran yang belum selesai dimana-mana lagi.

"Kita akan akur kepada Keadilan (PKR) Kelantan, maknanya tidaklah perletakan jawatan itu serta merta setelah arahan dikeluarkan oleh Biro (Politik)," katanya dipetik portal antarapos.

Semalam, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata wakil PKR di negeri itu akan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri, namun perlu menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan pentadbiran.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang memaklumkan sehingga kini wakil PKR di Kelantan masih tidak bertindak balas terhadap arahan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu mereka meletak jawatan, susulan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Izzah pada kelmarin juga dilaporkan berkata, PKR akan membuat ketetapan baru selepas wakilnya enggan akur pada arahan parti untuk melepaskan jawatan masing-masing di negeri pimpinan PAS itu.

PKR pada 17 mei lalu mengarahkan semua ahli lantikan politik dalam kerajaan Kelantan untuk meletakkan jawatan selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana