PKR-PAN-PPBM MEMBISU ISU JERUSALEM JUBILEE SEBAB DAP, DAKWA NGO

PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berani tampil dan membantah himpunan Jerusalem Jubilee yang sepatutnya diadakan di Melaka, 15-18 Jun ini, kerana DAP.

Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya berkata, agak menyedihkan apabila tiada satu pun parti dalam Pakatan Harapan (PH) bersuara membantah penganjuran program itu.

“Ini bukan kenyataan saya ataupun tuduhan tapi bila kita dengar ucapan-ucapan daripada Amanah dan sebagainya, memang mereka mengatakan apa-apa pun mereka kena mendapat restu daripada DAP.

“Sebab tu selama ni kita lihat parti-parti yang ada dalam Pakatan ini banyak didominasi oleh DAP, dan kita tahu DAP ini didominasi pula pimpinannya oleh ‘evangelist’.

Aminuddin berkata demikian mengulas sikap membisu parti Melayu-Islam dalam PH bersabit bantahan terhadap program ‘Nations of the Golden Gate Alligning With Jerulsalem’s Jubilee’.

Jerusalem Jubilee adalah program untuk meraikan 50 tahun penjajahan Israel ke atas Palestin.

Program itu bagaimanapun dibatalkan selepas Umno dan PAS membantah penganjurannya, mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengarahkan program itu dibatalkan.

Aminuddin kemudiannya berkata, ini bukan kali pertama program sebegitu diadakan.

“Apa yang berlaku di Melaka ini bukan salah satu, tapi adalah siri program yang dikatakan akan berlaku lagi di Sarawak, tetapi sebelum ini telah berlaku tahun lepas sebenarnya tanpa kita sedar.

“Satu siri program ‘evangelist’ yang sengaja dibuat untuk menguji dan melihat respon kita,” katanya.

Justeru, Aminuddin menyatakan penghargaannya kepada mana-mana pihak yang tampil dan berdepan dengan isu ini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang sedar akan perkara itu dan kita juga mengharapakan kerajaan bukan sahaja di Melaka malah di mana sahaja tidak membenarkan program seperti itu dibuat sebab sangat bahaya,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana