Pertemuan Zambry - Husni di pejabat cetus spekulasi baru

Sejak tidak lagi menjadi Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang masih ahli parlimen Tambun kelihatan menjalani kehidupan low profile.

Yang pasti mediapun tidak begitu memberinya ruang berbanding semasa menjadi timbalan kepada Datuk Seri Najib Razak di Kementerian Kewangan.

Pun begitu sebagai ahli parlimen sekali sekala kedengaran beliau menemui pengundinya dalam program-program tertentu.Secara relatifnya beliau agak aktif dalam menjaga pengundi-pengundi.

Kemudian siang tadi (Rabu) setelah agak lama  hidup secara low profile, Husni dilihat mengadakan pertemuan tertutup dengan  Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir di pejabat Menteri Besar Perak di Ipoh.

Untuk rekod Dr.Zambry adalah Pengerusi Perhubungan UMNO negeri. Tapisan terakhir senarai calon BN bertanding dalam PRU ke14 terletak dalam bidang kuasanya sebelum senarai muktamad itu diserah kepada Pengerusi BN Kebangsaan, DS Najib.

Soalnya apakah pertemuan itu menjurus kepada  kedudukan Husni bertanding atau sebaliknya mempertahankan kerusi parlimen Tambun dalam pilihanraya kali ini? Husni salah seorang ahli parlimen mewakili BN memperoleh majoriti tertinggi dalam PRU ke13 lalu.

Pun begitu, bagi media peluang bertanyakan soalan ini kepada Dr.Zambry terbuka  luas sebaik Menteri Besar mengadakan sidang media selesai mesyuarat Exco. Apa agaknya jawapan Menteri Besar bila soalan ini diajukan?

Bagi Dr Zambry pertemuan beliau dengan Ahli Parlimen Tambun di pejabatnya hari ini (Rabu) “sebagai pertemuan biasa”.

Beliau berkata, adalah menjadi kewajipannya sebagai Menteri Besar untuk memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang datang untuk bertemu dengannya.

"Saya sebagai Menteri Besar apabila ahli parlimen, wakil rakyat ingin berjumpa dengan saya maka saya memberi ruang kepada mereka untuk berjumpa dan juga menyampaikan atau memohon bantuan daripada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah-masalah tertentu.

"Jadi saya sendiri tidak ada masalah dengan sesiapapun termasuk dengan pembangkangpun saya tak ada masalah cuma pembangkang itu yang ada masalah dengan saya. . . tapi itupun bukan semua . . . hanya seorang dua orang  sahaja yang ada masalah yang lain semua baik.

"Even yang tak baik pun kadang-kadang baik dengan saya...  so I’m  OK to everybody...  apabila Datuk Seri Husni ingin berjumpa  adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi ruang kepadanya,’’jelas Dr Zambry.

Sementara itu dalam sidang media sama, Menteri Besar menyindir perangai pembangkang yang suka memperlekeh usaha kebersihan yang dilakukannya bagi memastikan Perak bersih dari sampah sarap dan rakyat dapat hidup sejahtera.

Katanya usaha murni kerajaan negeri Perak melaksanakan Program Perak Yang Bersih “akhirnya menerima pengiktirafan sebagai negeri kedua terbersih oleh Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini”.

Katanya pengiktirafan itu merupakan satu bukti pencapaian dan berkat usaha kerajaan selama ini dalam memastikan negeri Perak berada dalam keadaan yang bersih.

"Alhamdullilah berkat daripada usaha yang kita lakukan meskipun usaha-usaha itu barang kali dianggap sinis oleh pihak pembangkang khususnya tetapi berkat daripada usaha yang kita lalukan selama ini untuk memastikan negeri Perak kita berada dalam keadaan yang bersih. . .  hari ini dapat kita saksikan.

"Kita lihat sendiri seperti mana pengumuman disebutkan Perak adalah negeri yang terbersih. . . namun kita tidak boleh berhenti setakat itu sahaja kita perlu meneruskan tradisi dan juga membudayakan kebersihan dalam negeri Perak kita secara keseluruhannya,’’katanya.

Beliau  berkata tradisi dan membudayakan kebersihan dalam negeri ini perlu terus diterapkan.

"Saya juga tidak akan berhenti hanya sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan seperti ini tetapi lebih penting lagi untuk meneruskan tradisi ini kerana proses pembudayaan tidak boleh terhenti hanya pada satu tahap atau satu pengiktirafan sahaja,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau menyarankan pihak pembangkang untuk turun kelapangan bersama-sama dengan bekerjasama memastikan agenda Perak Yang Bersih dapat direalisasikan dan bukannya bertindak mengkritik sahaja.

"Mereka yang membangkang saya menggunakan kesempatan tertentu sebaliknya memainkan peranan sekiranya ada kawasan yang didapati kotor janganlah menjadikan isu tempelan sebegini tetapi perlu bersama-sama menggerakkan budaya menjaga kebersihan bukannya mengutuk tindakan saya.

"Mereka lalu di kawasan rumah saya, dan dapati tempat menyimpan air Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mempunyai jentik-jentik dan menjadikannya isu hanya auta sahaja malah ia satu tindakan yang tidak cerdik oleh seorang adun,’’ katanya.

Menurut Dr Zambry, semua pihak perlu saling membantu bagi memastikan Perak sentiada berada dalam keadaan bersih.

Sementara itu sikap pihak  memviralkan isu bonus kepada warga Perak, yang dianggap perbuatan fitnah, sekali lagi ditegor beliau dengan menjelaskan “sebenarnya tiada sebarang bentuk bantuan seperti itu yang diberikan kerajaan kepada rakyat”.

Ini kali kedua beliau menafikan dan pihak yang bertanggungjawab memviralkan isu sama, masih belum dikenali dan ditangkap. Kekeciwaan Dr.Zambry dalam hal sama dapat dikesan dengan kenyataannya selanjutnya:

"Kalau kita lihat yang diviralkan itu tidak banyak berbeza dengan apa yang diviralkan sebelum ini. . . perkara yang sama juga diviralkan dan ada yang bertanya kepada saya betulkah kerajaan negeri akan memberikan bonus yang sama.

"Ini merupakan permainan-permainan dalam social media ini bagi mereka yang tidak bertanggungjawab jadi saya ingin maklumkan kepada rakyat supaya tidak percaya kepada penyebaran berita-berita palsu yang dilakukan melalui sosial media,’’ katanya.

Hebahan itu  menyebut Menteri Besar Perak telah melancarkan program BRIP untuk  membantu rakyat Perak menyambut bulan Ramadhan. Sebanyak RM750 didakwa akan diberikan kepada semua rakyat Perak sahaja berumur 16 hingga 55 tahun yang memerlukan mereka mengisi permohonan tersebut di pautan yang disediakan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment