Penolong pengurus akhbar Inggeris direman...Padan Mukanya Ingat Ini Zaman Madey Ker

Seorang penolong pengurus akhbar bahasa Inggeris direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM70,000.

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek berkenaan bermula hari ini sehingga 5 Jun.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 kerana disyaki menerima wang rasuah.

Menurut kenyataan SPRM, pihaknya telah menahan seorang lelaki kerana disyaki telah meminta dan menerima wang suapan kononnya untuk menutup kes yang disiasat agensi itu.

Suspek berusia 54 tahun itu difahamkan telah meminta RM70,000 daripada seorang kenamaan yang sedang disiasat oleh SPRM untuk menutup fail kes melibatkannya.

Pengadu telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama wang tunai kira-kira RM20,000 lebih kurang jam 9.30 malam semalam.

Difahamkan, suspek yang bekerja di sebuah agensi media akan memberitahu pengadu bahawa dia mempunyai kenalan di SPRM dan mampu menyelesaikan kes melibatkannya yang disiasat oleh agensi itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana