PEMBANGKANG PEMBOHONG BILA DAKWA NEGARA AKAN BANKRAP

RISDA menyediakan peruntukan berjumlah RM358.8 juta tahun ini bagi program tanam semula serta pelbagai program lain bagi membantu pekebun kecil seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia sekali gus menafikan dakwaan pembangkang bahawa projek pembangunan dan kemajuan untuk luar bandar oleh RISDA dihentikan.

“Mereka (pembangkang) kata kerajaan tidak ada duit, ini tidak betul, kita buktikan melalui peruntukan daripada RISDA membabitkan pemerkasaan program tanam semula dan mempergiatkan aktiviti hiliran syarikat milikan mereka (RISDA).

“Jumlah peruntukan ini jelas membuktikan mereka (pembangkang) berbohong dan tidak boleh dipercayai, kita (kerajaan) mampu sediakan sejumlah peruntukan besar dan ia adalah hasil kebijaksanaan pimpinan negara diketuai Datuk Seri Najib (Razak),” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Dividen RISDA di sini, hari ini.

Akhirnya...terbukti Kerajaan Barisan Nasional bagi yang terbaik untuk rakyatnya...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana