Pembangkang “Pandang Sepi” Idea Mahathir Jadi PM Semula

Pakatan Harapan tak bincang calon PM

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan yang akan diadakan esok dijangka tidak akan berbincang mengenai isu calon perdana menteri.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, walaupun isu calon perdana menteri untuk Pakatan Harapan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, tetapi Pakatan Harapan masih belum berbincang secara serius.

“Yang saya tahu, isu calon perdana menteri masih belum disenaraikan dalam minit mesyuarat. Kemungkinan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

“Ia mungkin disebabkan beberapa pemimpin utama kini berada di luar negara dan tidak sempat menghadiri mesyuarat kali ini,” kata Guan Eng kepada Oriental Daily.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, walaupun DAP masih memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, tetapi disebabkan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan turut menyenaraikan beberapa nama lain, oleh itu keputusan muktamadnya mesti diputuskan dalam mesyuarat.

“Calon perdana menteri adalah salah satu isu yang perlu diselesaikan oleh Pakatan Harapan. Ia mesti diselesaikan kerana perlu membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah parti alternatif untuk BN.

“Saya harap Pakatan Harapan boleh selesaikan semua masalah termasuk calon perdana menteri ini sebelum Oktober akan datang bagi menghadapi PRU14,” katanya.

Mahathir tidak layak jadi PM lagi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak lagi menjadi perdana menteri kerana beliau belum memohon maaf atas kesalahan dilakukannya dalam isu Operasi Lalang 1987.

Penasihat Pertubuhan Hak Asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong berkata, Mahathir bukan sahaja tidak layak kembali menjadi perdana menteri, malah beliau juga tidak sesuai menjadi pemimpin pakatan pembangkang.

“Sesetengah kalangan mereka yang ditahan semasa Operasi Lalang sudah memaafkan Mahathir. Oleh itu, mereka berpendapat Mahathir juga perlu buat perkara sama dengan memohon maaf kepada bekas-bekas tahanan ini.

“Tetapi dari segi hak asasi, anda bertanggungjawab atas apa yang berlaku, maka anda perlu menebusnya,” katanya seperti dilaporkan dalam Oriental Daily.

Semasa Mahathir menjadi perdana menteri, Operasi Lalang dilancarkan bertujuan menghalang rusuhan kaum. Dalam operasi itu, 106 orang ditangkap, termasuk aktivis, pelajar, ahli politik dan artis ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beberapa akhbar turut diarah tutup beberapa bulan.

Sumber: Suratkhabar Cina

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana