Peguam Negara dedah agenda politik DoJ...

Tiada permohonan rasmi daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan, bukti dan maklumat lanjut terhadap dakwaan mereka.

Perkara itu didedahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Menurutnya, tindakan DoJ memfailkan saman sivil terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa berasaskan politik dan bukan undang-undang.

"Jika mereka minta (maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan.

"Justeru, saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik memandangkan ia dipercayai berdasarkan maklumat segelintir pihak dari Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor Selasa.

Pada majlis itu, kira-kira 800 anggota keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang juga seorang pendekar digeruni di Kelantan sekitar 1920-an, berkumpul.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan kelmarin, menggesa semua parti politik di negara ini menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran.

Beliau berkata, banyak ayat dalam al-Quran yang melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman.

Mohamed Apandi berkata, kuasa asing tidak boleh dibiar mencampuri hal ehwal dalaman kerana boleh menggugat keamanan negara.

"Kita percaya tindakan DoJ adalah berunsur politik semata-mata memandangkan hasil siasatan dibuat tidak menjurus kepada apa yang didakwa mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana