PAS TERENGGANU AKAN ADAKAN HUDUD JIKA BERJAYA TAWAN TERENGGANU

PAS Terengganu menegaskan akan melaksanakan undang-undang hudud yang telah diluluskan 15 tahun lalu jika menawan semula kerajaan negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya negeri, Datuk Husain Awang berkata, pihaknya akan meneruskan perancangan yang telah dibuat susulan kelulusan Enakmen Jenayah Syariah oleh Dewan Undangan Negeri pada 2002.

“Insya-Allah, sekiranya kita diberi mandat dan memerintah negeri Terengganu, kita akan terus melaksanakannya.

“Kita akan mewujudkan prasarana-prasarana yang membolehkan undang-undang atau enakmen yang telah diluluskan itu akan dilaksanakan dalam kalangan masyarakat,” kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini bahawa Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.

Beliau berkata, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat persetujuan Sultan Terengganu.

“Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-undang (RUU) 355…jika ia diluluskan, baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini,” kata beliau.

Razif juga berkata, kadar jenayah di Terengganu juga semakin menurun hasil pelaksanaan undang-undang sedia ada.

Husain yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata, menggubal dan meluluskan dalam sidang DUN adalah satu cabaran ketika beliau mengendalikan persidangan 15 tahun yang lalu.

“Di mana undang-undang ini adalah sesuatu yang baharu yang bagi kita, pihak PAS mempunyai keyakinan ia sesuatu yang terbaik yang kita kemukakan demi kepentingan rakyat dan demi kepentingan negeri dan juga demi kepentingan Allah SWT.

“Tetapi pada masa yang sama, perkara ini bercanggah dengan budaya yang sedia ada dengan negeri, dan bercanggah dengan minda yang telah diasuh oleh penjajah yang begitu lama,” kata Husain.

Namun begitu, beliau bersyukur walaupun ada 4 wakil Umno-BN ketika itu mereka tidak menentang dan menolak enakmen tersebut.

“Kita menjangkakan bahawa tentangan begitu keras, tiba-tiba kita dapati bahawa apa yang berlaku tentangan di dalam Dewan tidaklah seperti yang kita jangka.

“Mereka (wakil Umno-BN) hanyalah menimbulkan keraguan dari sudut (teknikal), tepat atau tidak undang-undang syariat yang kita gubal ini mengikut tatacara syarak, tatacara dalil, mengikut hujah yang sedia ada di dalam syariat Allah SWT,” kata beliau.

Justeru, kata beliau, kejayaan paling besar pemerintahan PAS pada 1999-2004 ialah mengubah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu, yang memasukkan peruntukan bahawa undang-undang tertinggi dan rujukan tertinggi negeri ialah al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

Oleh yang demikian, Husain berkata, beliau pelik dengan jawapan berbaharu menteri besar baru-baru ini sedangkan Umno dan BN Terengganu tidak menolak atau mengubah, bahkan menerima enakmen tersebut.

“Dan sekarang Umno (BN) mengekalkan, dia tiru kita, dia tidak pinda dan dia tidak batalkan balik, cuma dia tidak laksanakan,” ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana