PAS Tak Konsisten Jika Mahu “Rujuk” Semula Dengan PKR, PPBM

PAS kini dilihat tidak lagi konsisten dalam membuat pernyataan, baik dalam ucapan mahu kenyataan oleh pemimpin atasan parti itu.

“PAS boleh buat keputusan hari ini, kemudian esok berubah, jadi saya tak pelik dengan `flip flop’ yang menjadi amalan pemimpin PAS hari ini,” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub.

Oleh itu kata Salahuddin, beliau tidak hairan jika PAS mengubah pendirian berhubung kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Timbalan Presiden PAN itu berkata, sikap tidak berpegang teguh pada pendirian yang tetap, sudah sinonim dengan pimpinan PAS.

Salahuddin mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini yang berkata, Gagasan Sejahtera masih terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagaimanapun beliau mengulangi syarat kerjasama yang ditetapkan oleh PAS, kedua-dua parti itu (PKR dan PPBM) perlu memutuskan hubungan terlebih dahulu dengan PAN dan DAP.

Sebelum ini, PKR dan PPBM serta DAP dan PAN menganggotai Pakatan Harapan.

PAS pula mewujudkan Gagasan Sejahtera, yang dianggotai parti kecil seperti Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Pada 11 Mei lalu pula, Majlis Syura Ulama PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama dengan PKR seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu.

Dalam sidang media yang sama, Salahuddin memaklumkan senarai pucuk pimpinan Pakatan Harapan akan diumumkan selepas sambutan hari raya.

Ia berikutan pucuk pimpinan gagal mencapai kata sepakat untuk memuktamadkan barisan kepimpinan PH sebelum Aidilfitri.

“Kita tidak ada masa untuk mengadakan mesyuarat beberapa hari ini kerana hari raya akan menjelang tidak lama lagi,” katanya yang dipetik daripada .MalaysiaGazette

Ujar beliau, Majlis Presiden PH akan kembali bermesyuarat mengenai senarai kepimpinan pakatan dan logo bersama itu selepas Aidilfitri.

Majlis Presiden dikatakan gagal mencapai kata sepakat mengenai siapa atau pemimpin parti mana yang perlu mengetuai PH daalam menghadapi PRU 14.

Pemerhati politik berpandangan, jika logo rasmi PH pun sukar untuk dimuktamadkan, apatah lagi agihan bagi jawatan atasan dalam pakatan berkenaan.

Bagaimanapun, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan kepada Channel News Asia kelmarin bahawa beliau menjadi punca pendaftaran PH tertangguh kerana ramai dalam gagasan itu yang bimbang kemungkinan beliau akan kembali berkuasa.

Sebelum ini ,Dr Mahathir, 92, menyatakan bersedia untuk kembali memikul tugas Perdana Menteri walaupun dalam jangka masa yang pendek jika tiada calon lain dan dipersetujui oleh semua parti dalam gabungan pembangkang itu.

Terbaharu pula, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dengan mengumumkan untuk menolak tawaran calon Perdana Menteri atas alasan mahu memberi tumpuan kepada kemenangan PH pada PRU akan datang .

Bagaimanapun pernyataan Anwar itu dilihat sebagai usaha bagi meredakan ‘konflik’ dalam PH berhubung isu pelantikan calon Perdana Menteri dan struktur pucuk pimpinan PH yang dikatakan masih tidak mendapat kata putus.semasa mesyuarat majlis yang lepas. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana