PAS SERU UMAT ISLAM MENENTANG DAP...INILAH YANG KITA MENENTANG SELAMA INI

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyeru Umat Islam di Malaysia seharusnya bersatu menentang DAP. Ini disebabkan DAP adalah parti perkauman yang ternyata banyak membawa penderitaan dan membebankan rakyat. Propaganda yang diamalkan oleh DAP adalah amat jelas sekali di mana semua sedia maklum bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat rasis dan tidak mementingkan kebajikan kaum lain.

Sebagai contoh tindakan DAP merobohkan penginapan serta punca mata pencarian terutama orang Melayu yang telah lama bertapak di Pulau Pinang. Tindakan perkauman yang dilakukan oleh DAP ialah merobohkan chalet pelancongan kepunyaan orang Melayu yang mana sekian lama telah menjadi punca pendapatan mereka.

Kini PAS telah tersedar daripada lamunan mimpi di mana DAP bukanlah parti yang boleh dijadikan contoh yang baik untuk rakyat di negara ini. Malah DAP adalah parti yang mengamalkan rasuah dan bersifat zalim kepada bangsa lain. DAP sememangnya sebuah parti yang rasis dan bukan sebuah parti majmuk sebagai parti satu kaum, semata-mata mahu menjadikannya modal politik meraih undi Melayu.

Menurut Hadi lagi umat Islam seharusnya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti DAP yang bercita-cita besar mahu mengambil alih negara dan seterusnya memerintah negara ini adalah saranan yang sangat tepat daripada PAS.

DAP sememangnya sudah lama memendam dan bercita-cita besar bukan sekadar mahu menguasai ekonomi bahkan DAP mempunyai agenda untuk meliberalkan minda rakyat Malaysia dengan mengrekrut anak-anak Muda seperti Dyana Sofea dan lain-lain bagi memudahkan mereka mencapai hasrat Malaysian Malaysia yang telah sekian lama diagendakan.

DAP juga menunjukkan sikap tidak matang berpolitik kerana sanggup menutup amalan salah guna dana awam dan rasuah sama seperti perangai kebanyakan pemimpin DAP dan juga pelbagai Skandal Mega yang disembunyikan.

DAP adalah parti yang berlandaskan kepada fahaman komunisme, dan apa yang mereka perjuangkan adalah keadilan, kesaksamaan dan kebajikan hanya untuk bangsa mereka sahaja. Perkara ini dapat kita lihat dengan jelas bagaimana penindasan DAP terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang. Oleh kerana itu nyata bahawa DAP memihak kepada satu kaum sahaja iaitu Cina Chauvanis.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL