PAS Perak tidak harap undi orang Cina pada PRU14...Inilah Yang Kita Mahukan Janji Islam Kita Bersatu Hati

Menolak tunduk... Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria menegaskan PAS negeri itu akan bergerak tanpa mengharapkan undi daripada orang Cina pada PRU ke 14 nanti.

Menurut Razman, PAS Perak akan bertanding sebanyak mana kerusi yang mungkin tapi melebihi 30 kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan bertanding sebanyak mana yang mingkin tapi melebihi 30 kerusi sebagai persepsi bahawa kami bukan hendak menumpang orang lain.

"Kalau rakyat bagi kepercayaan kami boleh memerintah secara bersendiri.

"Kalau kitabertanding tak cukup kerusi mesti kita nak tumpang dengan orang lain, UMNO ke apa ke, tidak kami cukup provided rakyat bagi kepercayaan kepada kita.

"Dan sekiranya keputusan selepas pilihan raya... kita akan membuat keputusan selepas itu dan buat masa ini kita akan memberi gambaran kepada rakyat kami cukup bertanding bagi membentuk kerajaan secara bersendirian.

"Terpulanglah kepada rakyat nak memilih nanti,"katanya.

Namun Razman optimis PAS bakal beroleh kemenangan nanti berikutan kebangkitan kesedaran orang Melayu tentang Islam mutakhir ini.

"Kebangkitan sekarang ini orang Melayu Nampak alhamdullilah dan PAS Perak akan bergerak tanpa pengundi Cina.

"Terpulang kepada mereka (pengundi cina) hendak melihat kepada senario politik,"katanya kepada wartawan Agendadaily.

Ditanya sama ada PAS Perak takut atau bimbang jika kalah pada PRU ke 14 nanti, Razman menegaskan PAS Perak tidak bimbang jika ditakdirkan kalah.

"Ini kerana PAS bergerak atas prinsip yang kita kata kita bergerak atas prinsip matlamat kita menegakkan prinsip perjuangan,"kata Razman.

Selain sibuk membuat persiapan, PAS Perak sudahpun mengenalpasti calon-calon di 59 kawasan DUN yang akan bertanding.

Begitu juga calon-calon bagi 24 kerusi parlimen. Soal berapa banyak kerusi ditandingi belum muktamad.

Dalam PRUke 12 lalu PAS mengikut telunjuk dua rakan politik itu DAP dan PKR dengan membentuk Pakatan Rakyat.

Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi DUN, Pakatan Rakyat bersetuju melantik calon PAS sebagai Menteri Besar ke 10.

Kali ini peluang hendak menumpang Pakatan Harapan boleh dianggap tipis justeru peluang calon PAS jadi MB Perak Nampak semakin sukar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana