PAS AKAN TANDING SEMUA KERUSI DI KELANTAN DALAM PRU14

PAS akan bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Ahmad Yakob hari ini.
“Di Kelantan mesti 100% (PAS bertanding),” kata Menteri Besar Kelantan itu selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Kelantan di Perantauan di Taman TTDI Jaya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding di kesemua DUN dan Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam 2 pilihan raya umum yang lalu, PAS yang bertanding di bawah kerjasama Pakatan Rakyat, telah berkongsi beberapa kerusi dengan PKR.

Bagaimanapun kali ini senario politik yang berbeza termasuk disebabkan tindakan beberapa pemimpin PAS keluar parti itu dan menubuhkan Amanah, dan juga ekoran tindakannya memutuskan kerjasama politik dengan PKR, dijangka membawa kepada perubahan dalam arah aliran saingan pada PRU14.

Sementara itu, mengulas mengenai pilihan raya kecil kerusi DUN Pujut, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, Jawatankuasa PAS Pusat yang akan menentukan sama ada pihaknya akan bertanding atau tidak.

Beliau dalam masa yang sama turut menyatakan sehingga kini parti itu tidak membuat apa-apa keputusan membabitkan calon pilihan raya kecil itu.
“Setakat ini kita tak buat apa-apa lagi keputusan. Jawatankuasa PAS Pusat pun belum lagi mesyuarat,” kata beliau.

Mengulas mengenai kesihatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahmad berkata, tahap kesihatan Presiden PAS itu semakin bertambah baik.Menurut Ahmad, Abdul Hadi dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa seminggu atau 2 minggu lagi.
“Insya-Allah dalam seminggu, 2 minggu lagi dia akan keluar,” katanya. – FMT

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana