Panassss Ni!!!! Exco Armada serah bukti rasuah, seleweng kuasa melibatkan pemimpin utama PPBM

PUTRAJAYA: Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Taufik Abas hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan bukti mengenai salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau yang hadir bersama sekumpulan penyokongnya berkata, bukti rasuah dan salah guna kuasa itu berlaku ketika Dr. Mahathir masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada tahun 2003 dengan menganugerahkan projek membekalkan kabel fiber optik kepada syarikat Opcom Sdn. Bhd. yang dimiliki anaknya itu untuk syarikat Telekom Malaysia Bhd.

“Kami menyerahkan dokumen ini kepada SPRM untuk menyiasat pemberian tender terus ini kepada syarikat Opcom oleh Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Pemberian tender ini dilihat sebagai bukti salah guna kuasa, penyelewangan dan rasuah yang perlu ditentang dan dibersihkan daripada terus memalit imej parti PPBM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohamad Taufik, biar pun kes tersebut telah berlaku 14 tahun lalu, isu tersebut perlu ditangani segera bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap PPBM.

Katanya, slogan mengenai integriti yang sering dilaung-laungkan pemimpin parti itu tidak berguna sekiranya kepimpinannya sendiri terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment