PAKATAN HARAPAN PARTI KRONI ANAK BERANAK

Semua sedia maklum Pakatan Harapan adalah parti yang mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme bagi memastikan mereka dapat mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing. Sebagai contoh parti PKR dibarisi oleh keluarga Anwar Ibrahim untuk bertanding bukan setakat Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah bahkan Nurul Nuha Anwar turut dibawa masuk dalam dunia politik parti PKR. Kita dapat melihat tindakan Anwar Ibrahim ini jelas mahu mengekalkan legasi keluarga beliau sendiri dengan memastikan anak-anaknya dan isteri terlibat dalam dunia politik. Semua ini dilakukan bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur dengan begitu sahaja.

Bukan setakat PKR, malah DAP juga terus berusaha mendominasi politik DAP dan keluarga Lim Kit Siang di mana anaknya Lim Guan Eng akan terus berpolitik dalam persada politik negara. Dasar parti anak beranak ini jelas menunjukkan pucuk pimpinan DAP dimonopoli oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang manakala anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memegang terlalu banyak jawatan tinggi, iaitu sebanyak 14 jawatan. Selain daripada memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen, Guan Eng juga menjadi pengerusi dalam sekurang-kurangnya 12 organisasi lain.

Anak perempuan Lim Kit Siang iaitu Lim Hui Ying juga sangat aktif dalam politik DAP khususnya di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga pernah menjadi wakil rakyat mewakili DAP. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat untuk DAP iaitu Gobind Singh Deo dan Ram Karpal Singh. Di samping itu, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham yang mempunyai pertalian keluarga juga berpengaruh dalam politik DAP kerana mempunyai mereka mempunyai hubungan keluarga dengan keluarga Lim.

Begitu juga dengan PPBM, Mahathir menubuhkan PPBM adalah untuk merealisasikan impian beliau mahu melihat Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Sekarang pun dengan mudah Mahathir menganugerahkan dan melantik Mukhriz sebagai Timbalan Presiden PPBM tanpa sebarang bantahan daripada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain dalam PPBM.

Walaupun Muhyiddin sebagai Presiden PPBM pada masa ini, ketua yang dianggap sombong dan tidak mempunyai persefahaman dengan pemimpin lain dalam PPBM bakal dijentik Mahathir sekiranya diperlukan dan sekiranya keadaan memaksa. Kesimpulannya Pakatan Harapan dan sekutunya sememangnya terdiri daripada parti-parti keluarga dan pemimpin mereka akan pastikan dinasti keluarga mereka kekal dan subur dalam parti.

Sekiranya perjuangan mereka dalam parti mengamalkan budaya nepotisme dan kronisme, adakah mereka akan menghapuskan kronisme dan nepotisme? Sudah pasti perkara berkenaan sama sekali tidak akan berlaku dan jelas membuktikan Pakatan Harapan parti anak beranak dan bukannya rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana