Pakatan Harapan macam drama Melayu: Penganalisis

SHAH ALAM - Gabungan Pakatan Harapan dilihat seperti drama Melayu yang penuh dengan plot dan penceritaan.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, parti gabungan pembangkang ini terlalu banyak kisah yang membuatkan mereka terus popular.

“Mereka ada hero, heroin dan plot cerita mereka membuatkan ramai ingin tahu sama seperti drama-drama Melayu.

“Dengan semua tokoh politik yang ada bersama Pakatan Harapan, jelas mereka keliru dasar perjuangan mereka dalam dunia politik ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata, sejak awal penubuhan lagi, Pakatan Harapan dilihat tidak konsisten dengan perjuangan mereka.

“Pakatan Harapan dilihat semakin sukar untuk mendapat kemenangan besar dalam PRU14 apatah lagi membentuk kerajaan. Sejak daripada pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1999, pembangkang tidak dapat memecahkan tembok pemerintahan BN.

“Perkara utama yang dilihat adalah sehingga kini, mereka gagal untuk meletakkan nama calon perdana menteri.

“Pembangkang masih keliru dan tidak dapat menyenaraikan nama perdana menteri. Ini sangat penting kerana calon inilah yang akan mentadbir negara apabila mereka berjaya dalam PRU14 nanti,” katanya lagi.

Malah ujarnya, keputusan yang hendak diambil juga menampakkan mereka masih tidak dapat melakukannya secara sebulat suara.

“Ada yang mahu Anwar diangkat sebagai perdana menteri, namun ada juga yang meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad disebabkan pengalaman dan kecekapan beliau memacu negara suatu ketika dahulu.

“Ada juga nama-nama lain yang disebut sebagai calon perdana menteri kerana kebanyakan pengundi mahukan ‘darah muda’ sebagai pentadbir di mana, ia lebih peka dengan situasi semasa,” katanya.

Disebabkan ini, pengundi juga sukar membuat pilihan hanya kerana ketidaksepakatan yang ditunjukkan.

“Tidak hanya pengundi tegar mereka, malah pengundi atas pagar juga dilihat kurang yakin dengan kemampuan pakatan harapan untuk mentadbir negara.

“Harus diingat, pengundi hari ini lebih bijak berbanding 2013. Melihatkan senario politik semasa dan isu-isu yang berlegar di sekeliling, pengundi atas pagar yang jadi penentu mungkin memilih untuk tidak mengundi,” jelasnya.

Md Shukri berkata, Pakatan Harapan masih belum bersedia untuk menjadi pembangkang, apatah lagi menjadi kerajaan.

“Duduk sebagai pembangkang sahaja mereka tidak kuat, bagaimana nak jadi kerajaan? Dikhuatiri mereka akan jadi seperti perdana menteri Britain Theresa May yang sukar membentuk kerajaan di atas kelemahan sendiri.

“Apa yang saya lihat, pembangkang sejak awal penubuhannya tidak dapat dikoordinasi dengan baik. Mereka tidak ada titik fokus sebenar,” katanya.

Jelasnya, Pakatan Harapan terus dibelenggu apabila terdapat terlalu ramai tokoh di dalamnya.

“Tokoh-tokoh pembangkang terus menjadi liabiliti. Kerana itu kita lihat Pas tarik diri dan membentuk pakatan sendiri (masih sebagai pembangkang),” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana