PAKATAN HARAPAN ALAMI KRISIS KEPIMPINAN KRONIK – PEMUDA UMNO KEDAH

Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa Pakatan Harapan sedang mengalami krisis keyakinan dan kepimpinan yang kronik apabila kepimpinan DAP dan PKR menolak pencalonan PPBM untuk menjadikan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pada PRU14.

Menurut ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, perkara ini sememangnya sudah dijangka dan ianya akan menjadi kudis berkekalan dan jesteru itu akan menjadi penghalang utama rakyat untuk memberi mandat kepimpinan pada PRU yang akan datang.

“Pemuda UMNO Kedah sendiri tidak yakin sama sekali keupayaan Tun Mahathir untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang bakal dibentuk. Atas dasar faktor umur dan pendirian “U Turn” memperlihatkan prinsip yang mudah dijual beli.

“Pemuda Kedah juga hairan dan terkejut sama sekali apabila kepimpinan pembangkang sanggup mempertimbangkan cadangan tersebut. Hakikatnya PPBM masih lagi mentah tetapi mempunyai ‘nafsu politik’ yang besar mahu menjadi pemain utama politik adu domba pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Pemuda UMNO Kedah juga percaya rakyat tidak akan sama sekali terpengaruh dengan politik “syurga” PPBM dan parti pembangkang.

Kehadiran PPBM didalam kumpulan pembangkang yang sedia ada katanya hanya akan memburukkan keadaan dan bukan menjadikan mereka bertambah kuat.

“Tanggapan bahawa Tun Mahathir adalah ‘senjata politik’ baru adalah tidak betul malahan Tun Mahathir hanya menjadi ‘liabiliti’ baru politik kepada pakatan pembangkang. Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa pakatan pembangkang mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik walaupun dengan ketiadaan Tun Mahathir.

“Pemuda UMNO Kedah juga ingin pimpinan PPBM bersikap telus dan menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh beberapa exco Armada. Mereka tidak seharusnya mendiamkan persoalan ini tanpa dijawab, kalau sebelum ini pimpinan PPBM menuduh UMNO tidak telus ataupun membina kekayaan atas dasar kuasa politik, mereka pun perlu tampil dan beri penjelasan bukan sekadar kembali menunding jari terhadap UMNO atas pelbagai alasan.

“Pemuda UMNO Kedah percaya, rungutan dan kenyataan dua exco ARMADA sebelum ini mempunyai asas dan perlu disiasat. PPBM tidak boleh menjadi ayam jantan berkokok lantang dan pada masa yang sama ekor bergelumang najis,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana