NAJIB MEMANG TAK PERNAH LAYAN SARAWAK REPORT

DARI mula. sejak Anwar, Pakatan dan Mahathir guna Sarawak Report sebagai sebahagian dari modus operandi untuk lancar fitnah ke atas Datuk Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri memang tidak pernah mengambil peduli apatah lagi memberi respon kepada laporan dari portal penipu tersebut.

WSJ tu ada (respon), Sarawak Report?  Tak pernah.  Sebab Perdana Menteri tahu, Sarawak Report hanyalah platform saja sedangkan sumber berita palsu itu mungkin datang dari Anwar, Pakatan dan Mahathir sendiri – melihat kepada cara mereka beria ia mempromosikannya, padahal bukan ada apa bukti, dokumen disertakan sekali.  Ini macam orang bela polong jugaklah, dia yang hantar lepas tu dia buat buat tanya macam mana sakit.

Kita yakin itulah kesnya sebab Anwar, Mahathir bila kena tuduh, bersungguh mintak yang tuduh kemuka bukti tapi bila ada tuduhan air liur saja ke atas Najib, terima macam itu saja?

Justeru, agak kelakarlah bila pemimpin Pakatan seperti Kit Siang cuba mengatakan Najib kononnya memang membayar berjuta ringgit seorang peguam kanan yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 untuk pastikan Anwar didapati bersalah meliwat (memang kerja pendakwaraya untuk pastikan yang tertuduh didapati bersalah pun) apabila tidak memberi respon kepada laporan tersebut.

Let alone peguam kanan berkenaan bertindak sebagai pendakwaraya bila mana yang buat keputusan Anwar bersalah atau tidak ialah para hakim.  Orang bodoh saja bayar pendakwaraya untuk pastikan tertuduh didapati bersalah bila yang buat keputusan tu hakim.  Najib yang dunia tahu bukan bodoh.

Kira-kira Kit Siang mudah macam itu saja (tak respon tanda betul apa yang dituduh) tapi dia lupa, sejak bila yang Najib bagi respon kepada Sarawak Report?  Hanya Anwar, Pakatan dan Mahathir saja yang memandang tinggi laporan Sarawak Report ini kerana sumber itu datang dari mereka sendiri,cuma sebab takut kena saman maka Sarawak Report (yang berpengkalan di luar negara) digunakan.

Anyway, Sarawak Report mahupun yang membelanya tidak berminat dengan jawapan Najib.  Jawab yang ini, sama ada dia putar belitkan atau buat soalan baru.

Yang penting sekarang, tunjuk dimana yang Najib langgar undang-undang dengan apa juga yang dituduh tu berserta dengan buktinya sekali, itu saja yang rakyat nak tahu.  Macam kes terima sumbangan dari Arab Saudi tulah, dah riuh ke sana ke mari rupanya baru tahu tidak ada salahnya atau melanggar apa-apa undang-undang dengan menerima sumbangan politik dari dalam mahupun luar negara.

Cuba jadi jantan sikit, jangan sembunyi belakang betina (Claire Brown)!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana