Muhyiddin: Pembahagian kerusi Pakatan Harapan masih gagal

Selepas PPBM dinafikan oleh DAP untuk memonopoli kepimpinan Pakatan Harapan, Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui gagasan tidak rasmi itu masih gagal mencapai kata sepakat berkenaan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pagoh itu berkata pihaknya baharu sahaja memulakan proses rundingan bersama parti-parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingaan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) tercapai.

“Matlamat kita ialah bertanding di kawasan-kawasan yang dahulunya Pakatan Rakyat kalah pada tahun 2013 atau sebahagian besarnya kawasan itu dimenangi oleh UMNO.

“Kalau dapat persefahaman dalam Pakatan Harapan, eloklah kami diberikan ruang dan peluang untuk bertanding di kawasan seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa anjuran PPBM Perak di Jalan Penganjur, Kampung Manjoi, Rabu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berharap pengagihan kerusi dapat disegerakan supaya PPBM di peringkat negeri dan bahagian boleh melakukan persiapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana