Mohd. Anas saman Muhyiddin, tuntut ganti rugi RM10 juta

Mohd. Anas selaku pihak plaintif menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal dengan mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkannya  sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’ dan ‘tupai’.

Pada 5 April lalu, pihak plaintif telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan 500 ahli PPBM keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti.

Berikutan daripada pengumuman itu oleh pihak plaintif itu, pihak defendan telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokannya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya.

Kenyataan tersebut menurut pihak plaintif antaranya, menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan defendan daripada terus memfitnahnya.

Mohd. Anas mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli Umno serta hala tuju parti yang kabur.

Anas menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana