Menyebelahi Mahathir Adalah Satu Pengkhianatan Kepada Demokrasi – Akhbar China

Terjemahan dari China Press. Kelihatan seperti Pakatan bakal kehilangan banyak undi Cina kerana Mahathir.

Parti-parti pembangkang terlalu sibuk melakukan pembersihan ke atas perbuatan Mahathir.

Penulis upahan Roket telah berkali-kali mempromosi betapa pentingnya Mahathir dan cuba untuk mengalihkan perhatian bahawa pembangkang telah menyimpang dari prinsip mereka.

Facebook Rocket juga berkata dalam posting mereka: “Mari kita bergantung harap kepada Mahathir untuk naik dahulu dan kemudian baharu berurusan dengan Mahathir.” Posting ini menjadi begitu menggelikan dan kemudiannya dipadam.

Kerana ia melibatkan kepentingan awam, adalah memalukan untuk Lim Kit Siang berkata beliau telah memaafkan Mahathir kerana orang kuat Rocket telah kehilangan integriti dan sama sekali tidak layak untuk memaafkan Mahathir bagi pihak pembayar cukai dan pengundi.

Anak muda yang dilahirkan selepas tahun 80-an mungkin tidak memahami bahawa negara ini hari ini menerima bencana yang ditinggalkan oleh Mahathir.

Selain menjadi promoter kronisme, beliau memecat Ketua Hakim Negara dan merosakkan kebebasan badan kehakiman Malaysia.

Mahathir juga memaksa media cetak untuk memperbaharui lesen percetakan secara tahunan untuk mengawal kandungan berita mereka.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment