MAHATHIR HANYA SYOK SENDIRI BILA ‘OFFER’ DIRI JADI PERDANA MENTERI PAKATAN

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila bekas perdana menteri yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

“Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka ada cadangan itu (melantik sebagai Perdana Menteri) dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang (kembali menjadi Perdana Menteri),” kata bekas perdana menteri keempat itu.

Walaubagaimanapun, kenyataan Mahathir ini disifatkan hanya syok sendiri bila mahu kembali jadi Perdana Menteri. Itulah yang disifatkan oleh bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong. Nampaknya bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu sekali lagi memalukan dirinya.

Kata Lum Yong, Mahathir dilihat tidak mampu untuk menggalas mandat yang diberikan rakyat ekoran matlamat utamanya partinya hanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Hingga kini PPBM tidak mengeluarkan sebarang manifesto sekiranya dia berjaya memerintah dan (jika salah) seorang ahlinya menjadi perdana menteri serta blue print mereka kita langsung tidak tahu.

“Oleh itu bagaimana rakyat nak mengharapkan parti ini yang ditubuhkan dalam masa satu tahun sahaja,” kata Lum Yong.

Malah, beliau menyifatkan kenyataan terbaru Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak untuk dicalonkan selaku perdana menteri pembangkang juga dikhuatiri akan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan penyokong pembangkang.

Ini kerana katanya, kebanyakkan pemimpin pembangkang sebelum ini mahu Anwar terus dicalonlan selaku perdana menteri pembangkang dan kesediaaan Mahathir hanya dianggap sebagai cubaan untuk merebut peluang.

“Saya anggap ramai ahli PKR akan kecewa dengan keputusan ini sebab dari mula semua anggap Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang akan datang, bukannya orang lain, tetapi tiba-tiba nama Tun Mahathir disebut,” kata Lum Yong.

Baru-baru ini, Anwar telah membuat kejutan apabila mengumumkan beliau menolak tawaran untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya puak Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14 akan datang.

Malah bekas timbalan perdana menteri itu turut berkata pembangkang harus tertumpu kepada nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat pada PRU-14 kelak. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment