MAHATHIR DAH TAK SESUAI, BIAR ORANG MUDA JADI PM – PAS

Jika Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan tidak sesuai untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri kerana sudah melepasi zaman, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak layak untuk menduduki jawatan itu?

Walaupun Anwar merupakan calon utama bakal Perdana Menteri kerana ‘dipersetujui’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN), beliau juga dikira sudah berusia selain menghadapi masalah moral.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, beliau tidak menafikan Dr. Mahathir memiliki kelebihan tersendiri, tetapi beliau telah melewati zaman untuk memegang semula tampuk kuasa itu.

Lagi pun, kata Mohd Amar, pakatan pembangkang kini memiliki ramai pemimpin muda yang lebih sesuai untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pililhan raya umum kelak.

Jika faktor umur menjadi ukuran dan halangan, bukan Dr. Mahathir sahaja tidak sesuai menjadi Perdana Menteri, malah Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mungkin tidak sesuai untuk memegang jawatan berkenaan.

Pakatan pembangkang perlu memilih calon lain yang lebih muda dan sesuai dengan perubahan pentadbiran negara, hujah Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

“Ini memandangkan Mahathir sudah melepasi zaman dan sepatutnya perlu ada calon lebih baik, memandangkan kita sudah masuk era ‘Litar Sepang’ (zaman baru) jadi mesti ada calon muda dan berwibawa” kata Nik Amar seperti mana yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

“Lagipun pembangkang mempunyai ramai lagi calon yang sesuai dan muda yang boleh diketengahkan,” kata beliau pada stu majlis di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, kelmarin.

Isu siapa yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri daripada parti-parti pembangkang kini kembali diperdebatkan selepas kesediaan Dr. Mahathir untuk memegang jawatan nombor satu pentadbiran negara jika beliau dikehendaki oleh pemimpin komponen Pakatan Harapan.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM pada sesi soal jawab yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook baru-baru ini mengakui beliau berkemungkinan terpaksa mempertimbangkan menjadi Per­dana Menteri semula sekiranya itu yang dikehendaki oleh kepe­mimpinan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan kini secara tidak langsung diketuai DAP memandangkan parti itu memiliki kerusi di Dewan Rakyat yang paling banyak berbanding PKR yang diketuai oleh Anwar.

Pada dasarnya, adalah tidak logik untuk DAP atau PKR sendiri akan membiarkan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri walaupun sokongan beliau diperlukan untuk membantu pembangkang menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika zaman dan usia menjadi ‘halangan’ kepada Dr. Mahathir, Anwar, Muhyiddin mahupun Dr. Wan Azizah, persolan kini siapa pula calon- calon muda yang paling layak untuk diketengahkan oleh pakatan sebagai bakal Perdana Menteri, andainya Barisan Nasional gagal menguasai Putrajaya.

DAP yang menjadi tulang belakang pakatan pembangkang sudah tentu mempunyai jawapannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana