MAGERAN tadbir negara jika BN kalah PRU14, dakwa Tun M...Insyallah BN Tetap Dihati Rakyat

Jangan mimpilah Madey....rakyat Malaysia sudah naik menyampah dengan tingkah laku kau tu....Dulu dulu boleh lah orang masih percayai lagi...kini tidak lagi selepas duduk bersama sama dengan DAP...yang dulu kau hina dan kutuk DAP.

Rakyat Sudah nampak sikap dan tingkah laku Madey ketika ini.Nampak sangat dendam dan untuk kepentingan Kroni dan Anak beranak...

Apa kata Madey ini:

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) akan mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, jika ia kalah tipis kepada pembangkang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa BN juga akan menggunakan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mentadbir negara, sama seperti yang pernah berlaku pada 1969 akibat rusuhan kaum.

“Mereka tidak akan mengaku kalah. Pembangkang pula akan dituduh menipu. Tiada bukti diperlukan untuk kerajaan mengisytiharkan perkara ini. BN sebagai pembuli sedia mewujudkan ketidakstabilan,” demikian memetik sebahagian tulisan Dr Mahathir di blognya.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa akan berlaku aktiviti membeli ahli-ahli parlimen daripada pembangkang supaya BN mendapat sokongan majoriti.

“Pada peringkat itu, BN mungkin menawarkan insentif kewangan kepada ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong mereka. Bila BN mendapat majoriti mencukupi, darurat akan ditarik balik dan mereka menjadi kerajaan majoriti," katanya lagi.

Dr Mahathir juga mendakwa perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang lebih teruk berbanding siri pilihan raya yang lepas, yang pernah disenaraikan pada PRU13 yang lalu.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dituduh akan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli sokongan, yang didakwanya sedang digerakkan di peringkat Armada PPBM melalui aktiviti pengagihan wang dan makanan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment