LOGIK MAHATHIR: BAWA PELABURAN – GADAI NEGARA, PINJAM BANK CHINA – TAKDE APA-APA…

PENULIS belum pernah lagi mendengar mana-mana kerajaan negeri di negara ini meminjam dari bank asing untuk apa apa tujuan sekalipun. Apa yang nak dibuat DAP di Pulau Pinang dengan meminjam dari Exim Bank China ini, kalau diteruskan, adalah pertama kali berlaku dalam sejarah negara rasanya.

Ada banyak persoalan yang timbul dari urusan itu.  Satu contoh paling klasik ialah, dengan kebanyakan besar tanah di Pulau Pinang sudah dijual, apa yang tinggal untuk dicagarkan kepada Bank tersebut?  Mesti ada cagaran dalam urusan billion-billion macam ini, kita sedang cakap pasal perniagaan bukan rumah kebajikan, lagipun ini kerajaan negeri bukan kerajaan persekutuan yang ada rizab asing dan sebagainya.  Tapi penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut tentan isu tersebut sehingga mendapat maklumat yang lebih banyak.

Cuma penulis lebih tertarik kerana Mahathir tak bercakap apa langsung pasal perkembangan tersebut.  Sebagai seorang yang sangat ‘ambil berat’ dengan kedaulatan negara ini, patriotiklah konon-kononnya, agak aneh bila dia tidak mengulas langsung tentang isu tersebut.  Walhal ini tentang pinjaman, dengan pihak asing tau.  Bawa masuk pelaburan asing Mahathir boleh kata gadaikan negara, sebuah negeri pinjam duit (dengan pihak asing) pulak takde apa-apa.

Aneh bunyinya tu.  Greece sebagai contoh, dia lingkup bukan kerana pelaburan masuk tapi hutang yang tak berbayar.

Mungkin pada Mahathir soal kedaulatan hanya timbul kalau ia berkait dengan Datuk Sri Najib Tun Razak sahaja. Tak hairanlah apa benda baik yang Najib buat semua dikata Mahathir nak menggadaikan negara tapi yang terang-terang boleh beralih ke arah itu (gadai), tapi dilakukan pihak lain (dalam hal ini sekutu dia), Mahathir tidak berkata apa.

Jadi maksudnya bukanlah Mahathir ini patriotik atau sayangkan negara ni sangat pun, tapi kerana politik dan agenda peribadi semata-mata?  Siapa bodoh saja percaya Mahathir ini patrtiotik dan sayangkan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana