LIM GUAN ENG TIDAK SETUJU DENGAN CADANGAN PPBM, JANGAN MONOPOLI PAKATAN HARAPAN

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP menegaskan bahawa beliau menolak cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan tidak akan bersetuju jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan disandang oleh Tun Dr MAHATHIR dan Tan Sri MUHYIDDIN YASSIN.

PPBM tidak boleh memonopoli jawatan tertinggi dalam Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung isu ini. Secara peribadi, Lim Guan Eng tidak setuju kedua-dua jawatan presiden dan pengerusi Pakatan Harapan dimonopoli oleh PPBM.

Guan Eng bagaimanapun menambah bahawa Dr Mahathir hanya dibenarkan untuk memainkan peranan utama untuk menentang Barisan Nasional dan bukannya memegang tampuk pentadbiran Pakatan Harapan. PPBM yang tidak sampai setahun itu didakwa mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan pengerusi, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebagai timbalan presiden, serta Lim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai naib presiden.

Sudah pasti rasa tidak puas hati timbul di kalangan pemimpin DAP kerana mereka berasa terpinggir dari kedudukan dan jawatan tertinggi dalam parti Pakatan Harapan. Dalam hal ini, DAP juga adalah sebuah parti yang bercita-cita tinggi, tidak mustahil DAP juga mahukan jawatan yang lebih tinggi daripada pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Harapan dengan harapan boleh mengawal Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana