LIM GUAN ENG BUAT PINJAMAN BANK DARI NEGARA CHINA. MANA PERGI KEUNTUNGAN HASIL JUALAN TANAH BERBILION RINGGIT?

Baru-baru ini tindakan pelik kerajaan negeri Pulau Pinang mahu berhutang dengan sebuah bank di China sedangkan sebelum ini Lim Guan Eng berbangga mengumumkan jualan tanah milik kerajaan negeri di Pulau Pinang adalah menguntungkan bahkan ditambak beberapa kawasan laut sebagai kawasan kediaman dan komersil.

Ketua Menteri Lim Guan Eng juga memberitahu mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion. Dengan lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM 1.2 bilion, kerajaan negeri juga sepatutnya menggunakan dana yang diperoleh daripada hasil jualan tanah kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan, Bila lagi nak guna duit kerajaan negeri untuk majukan negeri sendiri?
Bukan itu sahaja Lim Guan Eng pernah memaklumkan kepada beberapa akhbar di mana kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah, tidak termasuk hasil projek lain yang dibangunkan di negeri ini.

Lim Guan Eng seharusnya ingat bahawa jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminjam daripada bank China, mereka perlu membayar semula dan melunaskan pinjaman kepada Exim Bank of China.
Persoalannya berapa jumlah pinjaman yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan berapa pula jumlah yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu lunaskan kepada bank berkenaan? Dan adakah tanah-tanah di 3 pulau buatan manusia di PSR akan dicagarkan atau diberi milik kepada Exim Bank of China sebagai bayaran balik pinjaman itu nanti?

Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan dana dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri dan bukannya meminjam dan berhutang daripada negara luar terus apatah lagi daripada apa yang diberitahu oleh Lim Guan Eng mereka mempunyai dana hasil daripada penjualan tanah, nampak bukan Lim Guan Eng bercakap indah khabar dari rupa.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL