Lebih 20,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Perak

IPOH: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar hari ini menzahirkan kesatuan kaum berbilang bangsa apabila 20,000 orang pengunjung hadir meraikan perayaan itu.

Masyarakat dari seluruh negeri mula membanjiri Kediaman MB seawal jam 1 tengahari dengan lengkap berbusana Aidilfitri.

Mereka tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai jenis juadah Hari Raya yang dibawa khas dari seluruh pelusuk negeri Darul Ridzuan.

Rata-rata mereka teruja untuj bersalaman dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis itu.

Uniknya, integrasi kaum berbilang bangsa menyaksikan kaum Cina, India dan Orang Asli menyarungkan pakaian tradisi Melayu seperti baju Melayu, kurung dan kebaya yang sekaligus memperlihatkan keindahan perpaduan masyarakat di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kehadiran para tetamu di kediaman beliau membuatkan sambutan Hari Raya kali ini amat meriah biarpun ia merupakan rutin tahunan sejak 2009.

“Untuk sambutan Hari Raya kali ini, kami bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Perak Transit dan aplikasi pengangkutan UBER untuk memudahkan pergerakan orang ramai datang dan pulang dari majlis ini,” katanya kepada pemberita.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan duit raya kepada 60 anak yatim dan golongan kurang upaya dari 10 daerah di negeri Perak.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Majlis itu juga dihadiri oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan.

Turut memeriahkan majlis ialah Kumpulan Selendang Perak yang mempersembahkan tarian kebudayaan dan dendangan lagu-lagu Aidilfitri.

Seorang pengunjung, C. Nanthiny, 35, berkata, beliau dan seluruh keluarganya tidak pernah terlepas menyambut Aidilfitri di Kediaman MB pada setiap tahun.

“Inilah bukti perpaduan dan keharmonian kaum yang wujud di Malaysia. Di sebalik pelbagai kesulitan di negara ini, kita masih bersama tanpa mengira kaum dan agama.

“Anak-anak saya pula, kalau datang ke sini pastinya tercari-cari lemang dan rendang dan istimewanya makanan di sini datang dari seluruh negeri Perak, macam dah jalan-jalan satu Perak dalam masa satu hari,” katanya.

Nanthiny tidak ketinggalan mengambil kesempatan bergambar swafoto dengan Menteri Besar semasa beliau mengunjungi gerai-gerai makanan di kediaman.

Kanak-kanak yang hadir pada majlis rumah terbuka itu tidak ketinggalan untuk mengumpul duit raya daripada tetamu di samping beramah mesra bersama rakan-rakan yang lain.

Majlis tersebut berakhir dengan pemberian duit raya oleh Dr. Zambry kepada tetamu kanak-kanak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana