Laporan siasatan kerugian BNM diserah kepada Kabinet...Yang Ini Madey Takutinya

Laporan akhir oleh Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian AS$10 bilion pada 1990-an diserahkan kepada Kabinet hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan kepada BH, sebentar tadi.

Sidek bagaimanapun tidak mengulas lanjut ketika ditanya berhubung prosedur seterusnya selepas ini.

Pada 26 Mei lalu, Sidek mengesahkan pihaknya sudah memanggil semua individu yang perlu untuk memberi keterangan berhubung kerugian itu.

Antara yang dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan di Kementerian Kewangan di sini termasuk bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sidek sebelum ini yakin laporan akhir itu dapat dibentangkan kepada kerajaan bulan ini yang mengandungi syor untuk tindakan lanjut berhubung siasatannya, yang turut merangkumi cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika perlu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment