Kongsi maklumat benar pemakanan cegah risiko kanser

KUALA LUMPUR27Jun - Akhir-akhir ini terdapat banyak perkongsian melalui media sosial berkaitan makanan atau diet yang perlu diamalkan untuk mencegah serangan penyakit kanser namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran perkongsian tersebut dan sumbernya.

 Apatah lagi terdapat percanggahan antara artikel-artikel tersebut.

Ada antara artikel melaporkan kononnya makanan seperti soya merupakan agen pembiak kanser yang aktif dan individu seharusnya mengelak makanan tersebut dalam diet harian.

Ada juga yang mendakwa memakan ayam atau daging dalam pasaran adalah berisiko mendapat kanser berbanding memakan produk organik atau ayam kampung.

Tidak ketinggalan amalan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro juga dikatakan boleh menyumbang kepada kanser.

Pakar diet merangkap Eksekutif Pembangunan Pendidikan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM), Lim Chooing berkata, sehingga kini tidak ada bukti untuk membuktikan bahawa ayam komersial boleh meningkatkan risiko kanser.

"Ada percaya di mana ayam biasa disuntik dengan hormon pertumbuhan atau bahan kimia lain yang menjadika nayam yang tidak selamat untuk dimakan atau boleh mencetuskan perkembangan kanser," katanya.

Justeru menasihatikan bahawa seseorang itu perlu mengambil diet yang seimbang dengan sumber protein yang baik seperti ayam, ikan, produk tenusu rendah lemak, dan makanan bersoya.

Soya semula jadi sebagai minuman, katanya, adalah amat baik untuk kesihatan, malah memberi faedah kepada bekas pesakit kanser.

"Cuma soya yang diproses menjadi suplemen kita tidak tahu sejauh mana ia memberi risiko penyakit kanser," kata Chooing.

Bagaimanapun, katanya,individu dinasihat mengehadkan pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing dan mengelak daging diproses seperti ham, bakon dan sosej.

Chooing berkata, pesakit kanser atau orang awam juga digalakkan untuk makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni seperti lobak merah, beri biru dan kubis merah kerana ia memberi semua nutrien yang diperlukan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana