Komen PAN dan PKR... PAS Perak tak harap undi cina

Kalangan pemimpin Pakatan Harapan Perak khususnya PAN dan PKR beranggapan sokongan pengundi Cina terhadap PAS  agak `luntur’ ekoran persepsi hubungan kemesraan diantara PAS dengan UMNO mutakhir ini.

Menurut Timbalan Pengerusi PAN Perak, Datuk Seri Ir Mohamed Nizar Jamaluddin, dikaca mata rakyat bukan Melayu apabila mereka melihat kemesraan PAS dengan UMNO maka sokongan mereka kepada PAS agak luntur.

``Saya menyambut baik saranan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria yang menyebut PAS mahu bertanding dibanyak kerusi termasuk kerusi majoriti bukan Melayu tanpa mengharapkan undi Cina.

``Saya ucap syabas diatas keberanian beliau... teruskan tetapi dikaca mata rakyat bukan Melayu mereka melihat ada sedikit rintangan... ini telah digambarkan persepsi kemesraan di antara PAS dengan UMNO.

``Jadi ini merupakan satu pukulan (set back) kerana sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Pas agak luntur,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Perak bersama NGO di Restoran Pakeeza, Ipoh semalam.

Menurut Nizar, beliau sebagai bekas pimpinan  PAS melihat PAS sepatutnya bertindak kehadapan dengan menegur kemungkaran tetapi nampaknya seolah-olah hari ini tidak begitu.    

``Jadi kalaulah mereka tidak mahu menunujukkan bahawa kezaliman itu mesti ditentang secara berdepan maka pengundi Melayu juga akan persoalankan di manakah kedudukan mereka (PAS) walaupun berhasrat mahu bertanding dibanyak kerusi termasuk kerusi majoriti bukan Melayu,’’ katanya.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty pula berkata, dari segi pengamatan beliau setelah krisis pakatan rakyat berlaku mungkin orang Cina mempunyai pendirian yang sudahpun ditunjukkan mereka kepada PAS.

``Kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak yang menyebut PAS Perak tidak harap Undi Cina pada PRU 14 itu adalah hak beliau.

``Walaubagaimanapun itu terpulanglah kepada pengundi Cina tapi saya yakin pengundi Cina pada hari ini, mereka amat matang dan mempunyai dokongan yang kuat daripada survey yang kita buat mendapati dapati dokongan pengundi Cina kepada kita di seluruh negara termasuk di Perak lebih 80 peratus kepada parti-parti dalam pakatan harapan.

``Ini survey dibuat oleh Institut Darul Ridzuan dan juga Merdeka Centre dan sokongan orang India juga sekitar 65 peratus," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana