Kita nak tahu jugak lah kan apa komen caibangkang caiDAP terhadap isu statement berunsur Liberalisme

 Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu menjadi samseng agama apabila membidas tindakan juruterbang AirAsia yang meminta penumpang penerbangan Perth-Kuala Lumpur berdoa ketika pesawat mengalami masalah teknikal.

Ahli Majlis Syura Isma, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, tindakan Zaid itu seperti menafikan hak orang lain untuk hidup beragama.

“Jika Zaid mahu sekadar mati beragama -minta dikebumikan mengikut aturan agama, maka dia jangan membidas kemahuan orang lain untuk hidup beragama,” katanya.

Beliau berkata demikian respon kepada tindakan Zaid yang mendakwa syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

“Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.

“Juruterbang seharusnya memberi harapan, dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang.Sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama; lantik imam dan paderi yang betul,” tulis Zaid di Twitternya.

Pesawat AirAsia milik Malaysia dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal. Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

 Zaid Ibrahim si "SAMSENG AGAMA" tajaan DAP ni.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment