KISAH ‘SEEKOR KERA SUMBANG’ DI KEDAH..?

Baru-baru ini penulis berkesempatan untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa dan bertemu dengan beberapa rakan yang datang jauh nun dari utara semenanjung negara. Walaupun hanya sebentar bertemu di majlis iftar itu, mereka membawa sedikit khabar politik yang membuat penulis ketawa besar di majlis itu.
Ianya berkenaan seorang Ahli Parlimen PAS di Kedah yang kini bagaikan ‘kera sumbang’. Jasadnya masih di dalam PAS, namun hatinya dikatakan sudah jauh bersama DAP, PAN dan parti ‘cap bunga’.

Difahamkan, Ahli Parlimen PAS itu kini agak aktif menjalankan aktiviti politik di Kedah. Khabarnya, dulu dia selalu hilang di kawasan, namun mungkin PRU ke-14 semakin hampir, dia ‘kalut semacam’ cuba menempelkan muka di kalangan masyarakat di sana.

Menariknya, boleh dikatakan hampir semua program dan aktiviti yang dijalankan Ahli Parlimen PAS itu langsung tidak membabitkan mana-mana pemimpin PAS! Buat sidang akhbar pun bersama Pengerusi DAP Kedah tanpa kehadiran seorang pun pemimpin PAS?!

Lebih menggelikan hati, jemputan-jemputan untuk ke program-programnya juga hanya membabitkan jentera atau pemimpin PAN, parti ‘cap bunga’ dan DAP sahaja. Tiada langsung disebut PAS, hanya nama Pakatan Harapan semata-mata?!

Apa yang berlaku itu benar-benar mencetus persoalan di fikiran penulis. Parti manakah yang bakal menjadi pilihan Ahli Parlimen Pokok Sena itu nanti? Apakah dia akan berpayung dibawah parti ‘cap bunga’, PAN atau DAP? Yang mana satu pilihannya?

Jika dilihat pada tingkah laku PAS sama ada di peringkat Pusat mahupun negeri, mereka memang langsung tidak menghiraukan dia lagi. Dia boleh hentam PAS sesuka hati, dia boleh buat apa saja yang dia mahu, PAS tidak peduli.

Pada pandangan penulis, PAS seolah-olah melayan Ahli Parlimen itu bagaikan ‘sampah’, atau lebih teruk dari itu tahapnya. PAS bagai tidak kisah, bagaikan sudah mengiktiraf kedudukan Ahli Parlimen itu bukan lagi sebahagian dari mereka.

Mungkin benar telahan ramai pihak sebelum ini yang mengatakan bahawa dia tidak akan dicalonkan PAS pada PRU ke-14 nanti dan keadaan itu akan memaksa ahli politik veteran itu terkontang-kanting menjadi ‘dahan’ baru untuk berpaut.

Penulis difahamkan bahawa ramai di kalangan pengundi di Pokok Sena sudah terlalu menyampah padanya, cuma tidak diluahkan secara berdepan saja sebagai menjaga susila. Dalam keadaan itu, apakah dia yakin akan dapat bertahan sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu pada PRU ke-14 nanti?

Penulis optimis dia juga tahu tentang dirinya yang tidak lagi mendapat sokongan pengundi di sana. Ia juga menimbulkan persoalan, di manakah dia akan bertanding nanti? Pokok Sena atau lain-lain parlimen yang ditetapkan ‘tuan baru’nya itu?

Namun pada hemat penulis, dia berhak bertanding di mana-mana yang dia suka nanti. Cuma penulis yakin, penggal ini mungkin penggal terakhir dia sebagai wakil rakyat. Tidak lama lagi, jadilah dia seorang ‘pelawak politik’ di dalam dunia ‘kartun’nya sendiri…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana