"KERANA MEMPERSOALKAN 'KREDIBILITI' PIMPINAN TERTINGGI PPBM, EXCO ARMADA BAKAL BERDEPAN TINDAKAN DISIPIN"

EXCO Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhammad Hafiz Azhar bakal dikenakan tindakan disiplin kerana mempersoalkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti,.

Menurut Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, parti itu tidak mempunyai masalah untuk menyuarakan pendapat tetapi ia mesti dilakukan menerusi saluran yang betul.
Bagaimanapun, katanya Hafiz tidak akan terus dilucutkan jawatan tetapi akan dipanggil ke jawatankuasa disiplin bagi mengetahui sebab beliau berbuat demikian.

Hafiz semalam dalam satu kenyataan meminta Mahathir dan Muhyiddin untuk tampil membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kontroversi.

Isu yang dibangkitkan Hafiz adalah mengenai kekayaan luarbiasa yang dimiliki oleh anak-anak Mahathir dan juga dakwaan skandal di antara Muhyiddin dengan seorang wanita bernama Nika Ghee. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana