Kerana Kerajaan DAP, Kehijauan Balik Pulau Kini Terancam Dan Terjejas

Akibat dari pembangunan yang dibuat tidak dirancang oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang, alam kehijauan di negeri berkenaan khususnya di kawasan Balik Pulau semakin terjejas dan terancam.

Ahli Parlimen BN Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kawasan yang diwakilinya itu sebelum ini adalah satu kawasan yang hijau dan bersih dengan kampung tradisional masih terpelihara dengan kebun buah-buahan dan sawah padi.

“Ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), tidak ada kondominium atau banglo mewah di tengah-tengah hutan di Balik Pulau.

“Kami benarkan pembangunan namun kami laksanakannya berdasarkan pelan struktur dan hanya kawasan tertentu boleh dibangunkan,” kata bekas Timbalan Ketua Menteri negeri itu semasa melawat Hospital Pulau Pinang bersempena sambutan Aidilfitri, semalam.

Memetik laporan di portal bnbbc.my, beliau dipetik mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP Kepong Dr Tan Seng Giaw yang mengkritik berkenaan gangguan ke atas alam sekitar di kawasan itu akibat pembangunan.

“Saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Seng Giaw tentang Balik Pulau dan saya bimbang jika keadaan ini berterusan, semua kebun durian dan sawah padi akan hilang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Saya rasa Ahli Parlimen Kepong itu patut nasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar mempertimbangkan untuk memperlahankan pembangunan di Balik Pulau,” katanya.

Dr Hilmi juga mendakwa pembangunan oleh kerajaan negeri yang dipimpin Guan Eng, dilakukan secara agresif dengan tertumpu di kawasan berbukit dan lereng bukit untuk tujuan projek pembangunan.

Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan kebimbangan projek pembangunan terkini di Teluk Kumbar, Sungai Batu dan Bayan Lepas yang melibatkan kerja-kerja tebus guna laut akan merosakkan habitat hidupan laut, sekaligus mengancam sumber pendapatan nelayan tempatan.

“Pihak kami sudah meminta Universiti Sains Malaysia menjalankan kajian mengenai sebab-sebab kita tidak patut benarkan pembangunan dan kerja tebus tanah di kawasan itu dan laporan sudah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri serta Menteri Sumber Alsi dan Alam sekitar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana