Kenapa Bayar RM209j Jika Laporan EIA Belum Siap?

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memperjelas isu pembayaran bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata ia berikutan bayaran penuh bagi kajian itu sudah dilunaskan, biar pun Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya. Katanya, kerajaan negeri juga perlu memperjelas alasan pembayaran penuh itu dibuat apabila rakyat di negeri ini masih berpeluang mengemukakan bantahan terhadap pelaksanaan projek terbabit.

 "EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow, menjelaskan pembayaran RM209 juta, termasuk bagi DEIA projek terbabit sudah pun dibuat sepenuhnya secara berperingkat kepada syarikat konsesi dengan transaksi terakhir direkodkan pada 22 Mac lalu. "Persoalannya, kenapa pembayaran penuh dibuat sedangkan EIA sedang dijalankan dan belum diluluskan, selain bantahan terhadap pelaksanaan projek ini masih boleh dikemukakan sehingga 19 Julai depan, " katanya ketika menghubungi BH, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana