KENALI MATTHIAS CHANG, INDIVIDU DISEBALIK BAYANG DR MAHATHIR

Matthias Chang Wen Chieh merupakan bekas setiausaha politik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Keakraban Matthias Chang dengan Tun Mahathir juga tiada tolok bandingnya.

Mari kita lihat kepada sejarah hidup Matthias Chang, pada 25 MAC 2010, Hakim Noor Azian Shaari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Mathias Chang bersalah menghina mahkamah. Dia didenda RM20,000 atau sebulan penjara.

Kesalahannya ialah dia gagal memohon maaf kepada mahkamah selepas berlaku pertengkaran antara beliau, hakim dan peguam ketika di soal balas oleh peguam dalam prosiding saman fitnah terhadap American Express (Malaysia) Sdn Bhd pada hari Khamis 25 Mac 2010.

Ekoran itu, Chang keluar dari kandang saksi dan hendak mengadu kepada Ketua Hakim Negara. Dia ditahan polis. Hakim Noor Azian Shaari mensabitkan Matthias atas kesalahan di bawah Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Bekas setiausaha politik Dr Mahathir itu dihantar ke Penjara Sivil Kajang setelah gagal membayar denda RM20,000 yang perlu dilunaskan dalam masa seminggu ekoran kesalahan menghina mahkamah.

Kali ini sekali lagi individu ini cuba membuat masalah pada negara, Matthias Chang sebenarnya adalah individu yang mengetahui info berkaitan urus niaga 1MDB dan Petro Saudi sehingga boleh mengulas dengan agak terperinci berkaitan maklumat urus niaga ini.

Persoalannya dari mana sumber ini diperolehi Matthias? Adakah terus dengan Justo, Pemilik The Edge Tong Kooi Ong atau Pemilik Sarawak Report Clare Rewcastle Brown ataupun sengaja disensasikan demi mendapatkan publisiti dan tumpuan rakyat. Tujuannya untuk mengelirukan rakyat dan menyemai perasaan benci pada pemimpin negara dan Kerajaan.

Di samping itu adalah dipercayai Matthias Chang juga individu yang menjadi dalang untuk mempengaruhi Dr Mahathir membenci seterusnya bertindak mendokong usaha menggulingkan Dato Sri Najib Tun Razak. Malah menerusi Matthias Chang dipercayai Dr Mahathir diatur berjumpa beberapa individu yang berjaya meyakinkan Dr Mahathir bahawa Najib Tun Razak dan 1MDB terlibat dengan skandal kewangan.

Ini terbukti apabila tulisan Matthias Chang agak terperinci dalam cubaan meyakinkan info urus niaga 1MDB dan Petrosaudi membuktikan beliau memiliki sumber info dalam kes ini ditambah keakraban Matthias Chang dengan Tun Mahathir serta kemunculan Matthias Chang dalam caturan strategik menjatuhkan perdana menteri.

Dalam hal ini, siasatan harus difokuskan kepada Matthias Chang kerana dialah dipercayai 'mastermind' dan individu yang merangkaikan gerakan menjatuhkan Dato Sri Najib Tun Razak dari belakang dengan mempergunakan Dr Mahathir tanpa sedar untuk terus menghentam dan memfitnah kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana