Karier politik Anwar sudah tamat - Penganalisis Politik...Boleh Percayai Ker Dengan ANWAR Ni?

SHAH ALAM: Penganalisis politik menyifatkan karier Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah terkubur sejurus selepas beliau mengumumkan untuk tidak menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU14.

Sehubungan itu, Edwin Michael Muniandy turut melihat pengunduran Anwar ini sebagai kelemahan Pakatan Harapan, apatah lagi sehingga kini gagal menamakan calon untuk jawatan itu.

"Sebaik Anwar kata beliau tidak berminat lagi untuk jadi Perdana Menteri bermakna orang kata sudah tewas, sudah terkubur perjuangan politik Anwar Ibrahim. Karier politik beliau.

"Tetapi dalam konteks negara ini sangat kelakar kerana mereka tidak ada calon. Calon yang selama ini mereka angkat sebagai calon Perdana Menteri pula pun telah mengundurkan diri. Jadi itu satu indikator betapa lemahnya kumpulan pembangkang ini sehinggakan mereka tidak boleh mencapai kesepakatan dalam isu itu. Siapa calon Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Mengulas lanjut, beliau turut berkata dalam konteks politik, mana-mana negara tidak mengira parti politik pembangkang mahupun kerajaan pasti sudah mempunyai senarai calon PM sebagai persediaan dan untuk membina keyakinan rakyat terhadap kredibiliti seseorang calon itu.

"Sebelum ini pun Tun Dr Mahathir tawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri itu yang lebih kelakar kerana itu juga menunjukkan bahawa disebabkan mereka tiada calon sampai Mahathir perlu menawarkan diri menjadi calon.

"Mereka tidak ada satu visi yang jelas, tidak ada calon Perdana Menteri yang berkredibiliti dan mereka tidak ada kesepakatan sesama mereka. Semua ini sudah menjadi satu indikator yang bahwasanya pembangkang tidak akan membuat kejutan dalam PRU14 akan datang," tambahnya.

Minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan apabila mengumumkan beliau tidak lagi menawarkan dirinya untuk menjadi  Perdana Menteri  sekiranya PH memenangi PRU14.

Kenyataan Anwar ini dilihat sebagai meredakan perasaan tidak senang yang didakwa wujud ekoran pendirian tidak sepakat di kalangan gabungan PH mengenai calon perdana menteri pakatan itu.

Anwar yang juga sebelum ini diura-ura sebagai calon PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya namun dalil itu berubah apabila Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai pakatan pembangkang itu.

Malah parti pimpinan mantan perdana menteri itu di lapor mengusulkan supaya jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi PH di isi oleh PPBM.

Awal bulan ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kesediaan beliau kembali berkhidmat sebagai perdana menteri jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya.

Walau bagaimanapun, Ketua Umum PKR itu masih menjalani hukuman penjara setelah di sabit kesalahan meliwat untuk kali kedua.

Beliau tidak layak untuk bertanding pada PRU14 dan memerlukan pengampunan Yang diPertuan Agong sebelum layak dipertimbangkan untuk sebarang jawatan kerajaan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment