INVOKE: Sokongan BN di kerusi FELDA meningkat

Kajian terbaharu INVOKE  yang diterajui Rafizi Ramli mendapati bahawa undi Barisan Nasional (BN) akan meningkat, terutama di enam kerusi Parlimen FELDA yang mempunyai calon Pakatan Harapan (PH) bukan Melayu serta dari DAP.

Rafizi yang juga Naib Preisiden PKR juga  mengakui berlaku penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap DAP selepas berlakunya perpecahan Pakatan Rakyat yang menyaksikan PAS tidak lagi bekerjasama dalam Pakatan Harapan.

“Enam kerusi FELDA itu adalah Telok Intan, Kulai, Bentong, Raub, Segamat dan Tanjong Malim,” katanya di Ibu Pejabat Invoke di Kuala Lumpur, Selasa.

“Selepas Pakatan Rakyat berpecah, polarisasi dalam politik Malaysia kembali berlaku. DAP kini menerima serangan daripada BN dan PAS,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Menurutnya lagi, keadaan itu akan memberikan kesan kepada Pakatan Harapan di kerusi yang dimenangi secara marginal pada PRU-13, di mana majoriti akan berkurang.

“Contohnya Kulai beralih terhadap BN 8.28 peratus dan ini tidak bermakna Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching akan kalah,” kata Rafizi lagi.

Bagaimanapun, Rafizi berkata kajian itu dilakukan INVOKE sebelum tercetusnya kemelut dalam FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang menyaksikan pengerusinya, Tan Sri Isa Samad tersingkir.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment