Hari ini... PKR kata Anwar tetap calon PM Pakatan

Jika semalam Tun Mahathir Mohamad cuba nasib dengan mengatakan jika 'dipaksa' beliau sedia jadi Perdana Menteri Pakatan, hari ini PKR sudah naik angin selepas merasakan 'kuda' mereka cuba diketepikan.

Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin soal siapa menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 seharusnya tidak berbangkit memandangkan konsensus dicapai Pakatan Harapan (PH) untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar berkata selepas pembangkang kini dilatari dengan pelbagai spekulasi siapakah yang layak menjadi perdana menteri jika gagasan berkenaan berjaya menawan Putrajaya.

"Pakatan terbina menerusi muafakat dan semangat kebersamaan dalam mendukung agenda perubahan.

"Sejak dari awal pembentukan Pakatan, konsensusnya adalah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri seandainya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU14. Justeru soal siapa calon Perdana Menteri bukanlah isu dan tidak harus dibangkitkan lagi," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad berkata beliau berkemungkinan akan mempertimbangkan jawatan selaku Perdana Menteri sekiranya diminta oleh Pakatan Harapan (PH).

Mahathir bagaimanapun menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu pada ketika ini, tetapi bersedia untuk bertindak sebagai penasihat kepada perdana menteri baru.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini juga berkata beliau bersedia menjadi pemegang sementara jawatan perdana menteri sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Mengulas hal itu, Iskandar menggesa mana-mana pihak, terutama parti-parti komponen Pakatan tidak mengingkari keputusan yang dicapai di dalam gabungan tersebut.

"Berkaitan isu 'interim prime minister' yang dibahaskan dalam kongres PKR baru-baru ini, ia merupakan sesuatu yang normal dalam politik bila mana  wujud pemimpin sementara yang berperanan dalam tempoh peralihan.

"Pada masa sama, setiap pemimpin dalam komponen PH tidak boleh mendahului keputusan dan ketetapan yang telah diputuskan menerusi konsensus ini demi menjamin keutuhan dan kesepakatan bersama," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana