Guan Eng tiada hak letak syarat untuk jawab soalan rakyat...KM Penang Besar Kepala Lah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiada hak meletakkan syarat jika ada rakyat meminta penjelasan tentang sebarang isu di negeri ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Ini kerana katanya Lim menjadi ketua menteri berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat.

"Bila mandat diberi oleh rakyat, mereka berhak bertanya soalan, lebih-lebih lagi ia bukan direka atau daripada sumber fitnah. Penjualan tanah di jalan Peel (misalnya), ia benar-benar berlaku.

"Jika ada pihak seperti parti Gerakan kemuka soalan, Ketua Menteri tiada hak minta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, pada Ahad.

Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini yang menetapkan tiga syarat kepada Gerakan negeri sebagai 'pertukaran' bagi mengemukakan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) berhubung isu penjualan tanah Jalan Peel, dekat sini.

Syarat berkenaan ialah Gerakan Pulau Pinang perlu menyumbang RM1 juta bagi tujuan kebajikan, menarik balik kenyataan bahawa keputusan penjualan tanah di Jalan Peel dibuat secara 'solo' serta meminta parti itu menarik diri daripada arena politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana